Friday, June 1, 2012

Majlis Khatam Quran

Alhamdulillah, syukur kepada Allah pemberi nikmat yang tidak putus-putus memberikan rahmat dan kasih sayangnya kepada kami.

Hari ini iaitu pada tanggal 1 jun 2012 (Jumaat), kami telah menyambut dua kegembiraan dengan mengadakan majlis bacaan yassin dan tahlil kepada arwah ibu dan bapa kami iaitu Allahyarham Hj Mat Nayan dan Allahyarhamah Khairiah Bt Sallehuddin. Majlis ini adalah bersempena dengan Khatam Al Quran Asfa dan kejayaan ibunya (isteriku) yang telah dianugerahkan dengan gelaran Dr (Phd) setelah bertungkus lumus menyiapkan thesisnya selama 3 tahun setengah.

Majlis ini telah diadakan di Pendang (rumah tok asfa) atas beberapa sebab. Yang pertama ialah kerana tok nya ialah guru quran asfa sejak dia berumur 5 tahun. Jadi kami merasakan adalah lebih baik jika dia khatam dengan gurunya sendiri. Kedua ialah kebetulan sekarang adalah musim cuti sekolah, jadi memang hasrat kami bila cuti sekolah panjang, kami akan balik ke kedah.

Esok kami merancang untuk ke Pulau Sayak untuk menjamu mee udang di sana. Adik beradik yang telah berpenat lelah membantu majlis hari ini juga akan bersama-sama kami esok.

Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang telah menjayakan majlis hari ini samada secara lansung atau tidak lansung. Semoga Allah membalas jasa mereka dengan kebaikan.

Semoga Allah melimpahkan rahmatnya dan memberikan kefahaman kepada kami.

Monday, May 28, 2012

Zoo Negara

Alhamdulillah, setakat ini masih mampu melayan kerenah anak-anak dan isteri tercinta. Walaupun cuti sekolah baru bermula, kami tidak dapat berjalan-jalan keluar dari KL minggu ni disebabkan kekangan waktu kuliyah hari Ahad dan malam isnin setiap minggu.

Untuk cuti terawal ni, Asfa dah sibuk tanya cuti sekolah ni nak kemana baba? sepantas kilat jawapannya ialah Zoo Negara, kenapa?? sebab dekat dan atas sebab-sebab kekangan masa tadi. Jadi kami berangkat seawal jam 9am dan singgah breakfast di Al-Rafie Bistro (Seksyen 13). Kemudian kami terus bertolak ke Zoo Negara mengikut jalan lama sungai buloh-batu cave-zoo negara.

Asfa dan Anas di Pintu Masuk Zoo Negara

Alhamdulillah, cuaca sangat menarik, tidak panas sangat dan tidak pula hujan. Suhu sesedap rasa, sesusai sangat dengan keadaan kami yang membawa budak 2 orang (Asfa dan Anas). 2 orang ni yang paling seronok hari tu maklumlah, nama pun berjalan. Asfa sangat teruja walaupun dah banyak kali pergi, mungkin sebab masa tu dia kecik lagi kot (so dah tak ingat la).

Anas punya reaksi sedikit kelakar sebab mungkin sebelum nie dia asyik tengok animal dalam buku saja. Tiba-tiba bila dia tengok sendiri macam mana saiz gajah, zirafah, ular dsb, muka sampai blurr sebab first time tengok rupanya binatang ni lebih besar dari dia.. haha (kami mengekek ketawa). Begitulah kehebatan Allah, yang Maha Berkuasa kerana menjadikan sesuatu tidak sia-sia.

Muka Anas yang Blurr

Sebelah petang sikit kami melihat animal show sekitar jam 3ptg. Sekali lagi mereka ni yang teruja sangat, habis macam-macam jenis binatang keluar untuk buat pertunjukan. Setelah selesai semua show, barulah perut terasa lapar. So next, kami mencari putu buluh atas permintaan isteri di kawasan wangsa maju (kebetulan dekat dengan office so taulah nak cari kat mana). kemudian kami pun pergi lunch dekat Mee Udang Mak Jah di wangsa maju.. rasanya boleh tahan lah, memang sedap tapi tak lah sesedap Mee Udang Pulau Sayak.. (Insyallah cuti hujung mingu ni kesana pulak).

Kami sedang menyaksikan Animal Show

Berehat sebentar selepas penat berjalan

Percutian yang menarik seisi keluarga. Alhamdulillah dapat melayan mereka semua dan semoga Allah merahmati kami dan memberi kefahaman kepada kami.. Insyallah