Friday, June 1, 2012

Majlis Khatam Quran

Alhamdulillah, syukur kepada Allah pemberi nikmat yang tidak putus-putus memberikan rahmat dan kasih sayangnya kepada kami.

Hari ini iaitu pada tanggal 1 jun 2012 (Jumaat), kami telah menyambut dua kegembiraan dengan mengadakan majlis bacaan yassin dan tahlil kepada arwah ibu dan bapa kami iaitu Allahyarham Hj Mat Nayan dan Allahyarhamah Khairiah Bt Sallehuddin. Majlis ini adalah bersempena dengan Khatam Al Quran Asfa dan kejayaan ibunya (isteriku) yang telah dianugerahkan dengan gelaran Dr (Phd) setelah bertungkus lumus menyiapkan thesisnya selama 3 tahun setengah.

Majlis ini telah diadakan di Pendang (rumah tok asfa) atas beberapa sebab. Yang pertama ialah kerana tok nya ialah guru quran asfa sejak dia berumur 5 tahun. Jadi kami merasakan adalah lebih baik jika dia khatam dengan gurunya sendiri. Kedua ialah kebetulan sekarang adalah musim cuti sekolah, jadi memang hasrat kami bila cuti sekolah panjang, kami akan balik ke kedah.

Esok kami merancang untuk ke Pulau Sayak untuk menjamu mee udang di sana. Adik beradik yang telah berpenat lelah membantu majlis hari ini juga akan bersama-sama kami esok.

Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang telah menjayakan majlis hari ini samada secara lansung atau tidak lansung. Semoga Allah membalas jasa mereka dengan kebaikan.

Semoga Allah melimpahkan rahmatnya dan memberikan kefahaman kepada kami.