Monday, December 30, 2013

Further Study?

Tiba-tiba ada yang bertanya, tak nak further study ke? persoalan yang sukar dijawab. Setelah meninggalkan dunia study sekitar lebih 10 tahun, tiba-tiba ada yang membangkitkan semangat tu semula. Pengalaman suka duka ketika menyiapkan MSc IT di UiTM dulu masih berbekas. Agaknya macam manalah 'peritnya' pengalaman Phd nanti.

Semoga Allah permudahkan urusan ini nanti. Insyallah.

Friday, June 1, 2012

Majlis Khatam Quran

Alhamdulillah, syukur kepada Allah pemberi nikmat yang tidak putus-putus memberikan rahmat dan kasih sayangnya kepada kami.

Hari ini iaitu pada tanggal 1 jun 2012 (Jumaat), kami telah menyambut dua kegembiraan dengan mengadakan majlis bacaan yassin dan tahlil kepada arwah ibu dan bapa kami iaitu Allahyarham Hj Mat Nayan dan Allahyarhamah Khairiah Bt Sallehuddin. Majlis ini adalah bersempena dengan Khatam Al Quran Asfa dan kejayaan ibunya (isteriku) yang telah dianugerahkan dengan gelaran Dr (Phd) setelah bertungkus lumus menyiapkan thesisnya selama 3 tahun setengah.

Majlis ini telah diadakan di Pendang (rumah tok asfa) atas beberapa sebab. Yang pertama ialah kerana tok nya ialah guru quran asfa sejak dia berumur 5 tahun. Jadi kami merasakan adalah lebih baik jika dia khatam dengan gurunya sendiri. Kedua ialah kebetulan sekarang adalah musim cuti sekolah, jadi memang hasrat kami bila cuti sekolah panjang, kami akan balik ke kedah.

Esok kami merancang untuk ke Pulau Sayak untuk menjamu mee udang di sana. Adik beradik yang telah berpenat lelah membantu majlis hari ini juga akan bersama-sama kami esok.

Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang telah menjayakan majlis hari ini samada secara lansung atau tidak lansung. Semoga Allah membalas jasa mereka dengan kebaikan.

Semoga Allah melimpahkan rahmatnya dan memberikan kefahaman kepada kami.

Monday, May 28, 2012

Zoo Negara

Alhamdulillah, setakat ini masih mampu melayan kerenah anak-anak dan isteri tercinta. Walaupun cuti sekolah baru bermula, kami tidak dapat berjalan-jalan keluar dari KL minggu ni disebabkan kekangan waktu kuliyah hari Ahad dan malam isnin setiap minggu.

Untuk cuti terawal ni, Asfa dah sibuk tanya cuti sekolah ni nak kemana baba? sepantas kilat jawapannya ialah Zoo Negara, kenapa?? sebab dekat dan atas sebab-sebab kekangan masa tadi. Jadi kami berangkat seawal jam 9am dan singgah breakfast di Al-Rafie Bistro (Seksyen 13). Kemudian kami terus bertolak ke Zoo Negara mengikut jalan lama sungai buloh-batu cave-zoo negara.

Asfa dan Anas di Pintu Masuk Zoo Negara

Alhamdulillah, cuaca sangat menarik, tidak panas sangat dan tidak pula hujan. Suhu sesedap rasa, sesusai sangat dengan keadaan kami yang membawa budak 2 orang (Asfa dan Anas). 2 orang ni yang paling seronok hari tu maklumlah, nama pun berjalan. Asfa sangat teruja walaupun dah banyak kali pergi, mungkin sebab masa tu dia kecik lagi kot (so dah tak ingat la).

Anas punya reaksi sedikit kelakar sebab mungkin sebelum nie dia asyik tengok animal dalam buku saja. Tiba-tiba bila dia tengok sendiri macam mana saiz gajah, zirafah, ular dsb, muka sampai blurr sebab first time tengok rupanya binatang ni lebih besar dari dia.. haha (kami mengekek ketawa). Begitulah kehebatan Allah, yang Maha Berkuasa kerana menjadikan sesuatu tidak sia-sia.

Muka Anas yang Blurr

Sebelah petang sikit kami melihat animal show sekitar jam 3ptg. Sekali lagi mereka ni yang teruja sangat, habis macam-macam jenis binatang keluar untuk buat pertunjukan. Setelah selesai semua show, barulah perut terasa lapar. So next, kami mencari putu buluh atas permintaan isteri di kawasan wangsa maju (kebetulan dekat dengan office so taulah nak cari kat mana). kemudian kami pun pergi lunch dekat Mee Udang Mak Jah di wangsa maju.. rasanya boleh tahan lah, memang sedap tapi tak lah sesedap Mee Udang Pulau Sayak.. (Insyallah cuti hujung mingu ni kesana pulak).

Kami sedang menyaksikan Animal Show

Berehat sebentar selepas penat berjalan

Percutian yang menarik seisi keluarga. Alhamdulillah dapat melayan mereka semua dan semoga Allah merahmati kami dan memberi kefahaman kepada kami.. Insyallah

Wednesday, November 16, 2011

Bercuti ke Sabah

Pada mulanya kami bertiga iaitu aku, isteriku dan anak sulungku (Asfa) yang akan ke Sabah untuk bercuti selama 3 hari 2 malam. Kami merancang supaya anak ku yang kedua tinggal bersama bibik dirumah sepanjang ketiadaan kami. Setelah berfikir panjang dan nasihat dari sahabat terdekat, kami pun menambah satu tiket lagi untuk Anas Farhan (Anas) untuk bersama-sama kami di Sabah.

Kami ketika berada di Terminal2 Airport KK

Akhirnya kami berempat telah ke Sabah (KK) pada 3 hingga 5 november yang lalu. Ianya satu percutian yang menarik walaupun sebenarnya Asfa dan Anas kurang sihat. Percutian kami bermula dari KL pada jam 6.45 pagi dan tiba di KK pada jam 9.15 pagi. Setibanya di sana aku menunggu kereta sewa yang telah kami tempah dari KL lagi. Sementara menunggu kereta, kami pun makan di KFC airport untuk mengalas perut. Setelah kereta tiba kami makan tengahari dulu di kawasan pantai berdekatan airport terminal 2 KK.

Asfa tengah lunch

Setelah kenyang kami terus ke kundasang yang mengambil masa hampir 2 jam dan check in di Pine Resort Hotel. Cuaca yang sejuk dan nyaman memberi kedamaian kepada kami. Subhanallah, kami teruja dengan keindahan pemandangan di sekitar hotel yang berlatar belakangkan gunung kinabalu. Di sini aku selitkan sedikit pengajaran kepada Asfa,

Baba : Asfa nampak tak awan yang tebal menutupi Gunung Kinabalu?
Asfa : Nampak
Baba : Asfa perasan tak kenapa dekat KK tadi cuaca panas tapi bila kat sini jadi sejuk pulak?
Asfa : kenapa baba?
Baba : Itulah kebesaran Allah. Asfa bayangkan awan tu boleh tergantung2 tanpa tali dan tiang. Boleh tak manusia buat benda yang tergantung tapi tak de tali dan tiang?
Asfa : manusia tak boleh buat.
Baba : Kalau kat tempat kita nak sejuk kena buka aircond kan.. baru jadi sejuk. tapi kat sini Asfa rasa sejuk tapi asfa tak nampak pun aircond betul tak, asfa rasa angin je, asfa fikir tak mana datangnya angin kalau tak de kipas (penerangan pada budak umur 6 tahun)
Asfa : Tak taulah baba
Baba : Itu pun kebesaran Allah, Allah bagi kita angin tak payah pakai kipas pun, Allah bagi sejuk tak payah pakai aircond pun. Asfa bayangkan dari sebesar2 gunung tu Allah boleh buat sampai sekecil2 semut tu Allah buat, kita mana boleh buat benda2 tu kan.. Sebab tu kita kena sebut Alhamdulillah dan kena sembahyang sebab itu tanda kita bersyukur dan berterima kasih pada Allah. Hebat tak Allah??
Asfa : Mestilah hebat...

Semoga Allah memberi kefahaman pada kami


Pemandangan di sekitar Resort

Setelah sehari di Kundasang, kami balik ke KK dan bermalam di Imperial Boutec, tujuannya sebab berdekatan dengan Pasar Philipines dan pasar malam. Kami menghabiskan masa untuk berjalan2 di pasar malam, pasar philipines, kompleks membeli belah dan 1borneo.

Kami di Pasar Philipines

Akhirnya kami kembali ke KL jam 10.30 malam dan terus pulang ke Kedah bagi menyambut Hari Raya Idul Adha.

Tuesday, November 15, 2011

Tahniah Asfa

Alhamdulillah, 2 hari lepas kami sekeluarga telah menghadiri hari convocation Tadika Abim Shah Alam yang telah diadakan di seksyen 24 shah alam.

Asfa lengkap berjubah dan berselempang

Dah berminggu2 Asfa Farhana(anak sulung kami) berlatih pidato yang bertajuk Jasa dan Bakti Guru. Sehinggakan ada ketikanya dia menangis untuk menghafal pidato tu. Sebagai ibu bapa, kami memberi semangat setakat yang kami mampu saja... maklumlah kami ni bukan nya kaunselor.

Asfa sedang berpidato

Akhirnya Asfa berjaya juga membuat persembahan pada majlis convocationnya. Masa zaman kami dulu tak ada konsep convo ni, masa tu kami cuma ada hari penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang saja disertai dengan beberapa persembahan. Tapi zaman generasi Asfa ni, mereka ni dipakaikan dengan jubah dan selempang ketika penerimaan hadiah dan sijil. Itulah antara perbezaan zaman Asfa dan kami.

Dalam majlis tersebut, Asfa telah dianugerahkan dengan Anugerah Pelajar Terbaik. Alhamdulillah, begitulah usaha dan hasil yang telah ditunjukkan oleh guru-guru Asfa dan Uminya. Semoga permulaan yang baik ini walaupun tidak semestinya menjanjikan masa depan yang cerah, sekurang2nya ia menggambarkan kepada kami bahawa usaha yang lebih kuat dan berterusan perlu dipertingkatkan bagi mencorak anak-anak kami.

Asfa bersama Babanya

Semoga keluarga kami terus menerus dilimpahi dengan rahmat dari Allah.. Teringat kata-kata dari Saidina Omar Al-Khattab r.a pernah berkata,

"Didiklah anak kamu mengikut Zamannya. Jangan kamu didik mereka mengikut zaman kamu."

Sesuatu yang perlu difikirkan bersama....