Alhamdulillah, 2 hari lepas kami sekeluarga telah menghadiri hari convocation Tadika Abim Shah Alam yang telah diadakan di seksyen 24 shah alam.
Dah berminggu2 Asfa Farhana(anak sulung kami) berlatih pidato yang bertajuk Jasa dan Bakti Guru. Sehinggakan ada ketikanya dia menangis untuk menghafal pidato tu. Sebagai ibu bapa, kami memberi semangat setakat yang kami mampu saja... maklumlah kami ni bukan nya kaunselor.
Akhirnya Asfa berjaya juga membuat persembahan pada majlis convocationnya. Masa zaman kami dulu tak ada konsep convo ni, masa tu kami cuma ada hari penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang saja disertai dengan beberapa persembahan. Tapi zaman generasi Asfa ni, mereka ni dipakaikan dengan jubah dan selempang ketika penerimaan hadiah dan sijil. Itulah antara perbezaan zaman Asfa dan kami.
Dalam majlis tersebut, Asfa telah dianugerahkan dengan Anugerah Pelajar Terbaik. Alhamdulillah, begitulah usaha dan hasil yang telah ditunjukkan oleh guru-guru Asfa dan Uminya. Semoga permulaan yang baik ini walaupun tidak semestinya menjanjikan masa depan yang cerah, sekurang2nya ia menggambarkan kepada kami bahawa usaha yang lebih kuat dan berterusan perlu dipertingkatkan bagi mencorak anak-anak kami.
Semoga keluarga kami terus menerus dilimpahi dengan rahmat dari Allah.. Teringat kata-kata dari Saidina Omar Al-Khattab r.a pernah berkata,
"Didiklah anak kamu mengikut Zamannya. Jangan kamu didik mereka mengikut zaman kamu."
Sesuatu yang perlu difikirkan bersama....
No comments:
Post a Comment